mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..
hingga amat menakutkan menghadapi masa depan..
seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus..
Ya,sejak dari kecil lagi kita sudah diberi hak untuk membuat pilihan.Pilihan antara yang baik atau yang buruk,membesar untuk menjadi manusia atau sebaliknya,memilih menjadi kartunis untuk melawak atau menghina.Sedar atau tidak setiap pilihan yang kecil akan menentukan masa depan yang besar.People called it destiny.Kata2 orang bijak pandai kita menentukan masa depan sendiri.Tapi kita tiada kuasa untuk melihat masa depan,kerana Allah S.W.T telah jadikan masa depan,soal hidup dan mati sebagai rahsia,jadi bagaimana masa depan boleh ditentukan sendiri?manusia sendiri tidak pasti pilihannya tepat atau tidak.Dan sepanjang kehidupan manusia itu sendiri,mereka akan dihadapkan dengan pelbagai pilihan.
Pilihan yang mendesak,pilihan yang umpama bahasa yang tersimpul diluah mati emak,ditelan mati bapak,
entri ini bukannya dibuat untuk menakut-nakutkan anda dengan pilihan,tetapi aku ingin memberi solusi ringkas jika hidup anda dibayangi pilihan,kerana ia berlaku setiap minit dalam hidup kita.One friend of mine,azie meriwayatkan bahawa kita mempunyai 3600 pilihan dalam setiap minit..kenapa tidak kita memilih pilihan yang terbaik,kerana memiliki banyak pilihan(berbelit ke ayat ni?)
atau mungkin kerana terlalu banyak pilihan hingga kita tidak tahu untuk memilih yang mana..
macam bait-bait lagu diatas...
nak pilih bakar yang dahi jendol tetapi aku sayang atau ahmad yang kaya raya lagi hensem dan terpelajar tu ya?
realitinya pemilihan jodoh masih lagi menjadi persoalan,sukar untuk kaum hawa membuat keputusan kerana bagi mereka yang namanya kahwin itu sekali seumur hidup.Kaum lelaki tidak apa-apa kerana kalau tersalah pilih,masih ada 3 ruang kosong.
1. Tenangkan Fikiran
Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.
2. Kenal Pasti Masalah Sebenar
Fikirkan perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesannya.
3. Kenal Pasti Pilihan
Fikirkan semua pilihan2 yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat.
4. Mengkaji Baik Buruk Pilihan
Ingat! Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu diambil.
5. Membuat Pilihan Terbaik
Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik dan positif. Pastikan keputusan yang dipilih benar2 mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.
6. Tegas Dengan Keputusan
Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa.
7. Nilai Semula
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.
Kesimpulannya dengan tip2 yang aku kongsikan pada kali ini mudah2an ianya sikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat sesuatu keputusan atau pilihan dengan lebih tepat. Semoga ianya dapat memberi kesan yang baik dan positif dalam hidup anda.
WALLAHU A’LAM…