Thursday, September 26, 2013

Couple tu tak haram la!


Pemahaman rakyat marhein masih tidak jelas pasal kapel ni, memang benar la dari zaman-zaman p ramlee lagi da start cintan cintun ni.Datuk dan nenek aku je belum lagi, even mak bapak aku pun belum lagi, Durang tak perlu bercinta kahwin je alhamdullilah bahagia hingga ke anak cucu.

Bila aku cakap dengan kawan-kawan aku kapel tu haram, bukan main lagi mereka tu menyangkal kononnya kapel jadi halal jika ada niat untuk berkahwin(betulke>???)
Haha tambah kawan ku pula untuk pengalaman, aku saja tak paham al- maklum la tak pernah bercinta serius macam mereka.

Aku jawab la tu ulama yang bagi fatwa yang capel tu haram. Tapi durang bilang “indakkkk’’ hehe Dari Hadis dan Al-quran juga bilang mereka “indakk’’ penafian yang keras disitu, Apa pulanya indakk kataku Ulama tu kan pewaris nabi kata-kata mereka berlandaskan hokum dan nas-nas al-quran. Ramai kott ustaz cakap couple tu haram bidas aku yang tak mahu kalah ini. Tiba-tiba kawanku sorang ini yang dulunya belajar syariah menegaskan bahawa ulama dengan ustaz lain-lain tidak boleh nak disamakan..

Aduhhhhh bila pula aku samakan ulama dengan ustaz dalam statement aku disitu. Dia cakap statement aku ada berbaur menyamakan ulama dengan ustaz. Hehe adapun statement-statement mereka yang berbaur tidak puas hati terhadap ustaz-ustaz ni
''eleeh.. kadang-kadang ustaz pun sendiri yang berkapel'' hehehehe(Rasa-rasanya macam betul ja ni)

Bagiku tindakan manusia yang serba carba merba ni tidak boleh dijadikan alasan untuk menginkari suruhan dan perintahNya

Firman Allah:
ولا تقربواالزناانه كان فاحشة وساء سبيلا
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”

(surah isra' ayat 32)

Setelah lama kemudian kawanku sorang ni mengesyorkan ku doa bertemu jodoh, agak sinis juga bahasa aku menolak hehe takpalah @#@## jodoh pertemuan tu ditangan tuhan. Tuhan dah tetapkan. Ada iya dari kawan sorang ni tapi mungkin dia kesian tengok aku ni macam tak laku. Tapi umurku masih muda kalau bertemu jodoh sekian masa nanti itu ketentuan dari Illahi. 

untill then....Satu sahaja soalan dari saya---------->orang yang tak bercinta ni tak matang ke untuk memberi pandangan tentang hati dan perasaan??


Monday, July 15, 2013

Sakit Lutut menjadi mimpi ngeri

Bermulanya Sakit lutut saya



bersama kawan terbaikku Susan dan Syafinaz

tragedi bermula apabila aku asyik jatuh saje bila main futsal.

otot kaki pun pandai bengkak, tapi tuan dia ambil ringan, tak pandai pergi klinik jadi selama berbulan-bulanya kesakitan itu berlangsung dan tak pandai nak surut.

#tapi mesti rasa susah hati sebab masa latihan je sakit lutut bermula, sudah aku ni memang  l..e...m....b...i...k  DUSHH!!

#susah hati jugak sebab nak tingkatkan stamina pelbagai ni and kena challenge turunkan berat badan

#Jadi aku pun ambil keputusan jogging petang-petang dan itupun hanya bertahan seminggu DUSHH!! sekali lagi

kesimpulan yang sedih: Sakit lutut masih lagi ada,umpama hatiku yang masih lagi berdarah =(

Friday, January 6, 2012

UMS- INFO YANG JARANG ORANG TAHU PASAL UMS

UMS pada perspektif aku?hehe kolot tang tu la,jauh dari habitat asal aku..
yuran pun boleh tahan mahal la jugak..untuk kos aku sains fizik dan elektronik YURAN dah dekat 2000 RM semester.mai sini umpama sehelai sepinggang bawak baju-baju takat yang mampu je,
Ingat nak bebelanja sakan kat sini tapi bila dah sampai kat kedai-kedai terpaksa tutup mata tengok harga...dalam hati mak aii boleh tahan juga harga dia,boleh bikin aku tak makan sebulan...terpaksa bajet-bajet kiriman mutiara dari semenanjung.Tapi tu dia kalau azyan izzati bebelanja memang tak ingat dunia.Boleh bankrap bakal suami dia nanti.Tapi time masuk UMS perasaan kegempakan yang teramat sangat umpama rusa baru masuk kampung.Time-time orientasi aku dan hasinah dah buat kerja gila.Pergi shopping mall.Gelabahhhh sebab kuar-kuar dari mall siang bertukar menjadi malam!tengok jam baru pukul 6.30 pm.FYI kat Sabah memang dah macam malam pada pukul 6.00 pm.Terpaksa la kami balik berjalan kaki ke U.Dasar junior tak tahu sebenarnya ada shuttle yang angkut pelajar masuk U.Nasib baik u bersebelahan dengan hypermarket untunglah..
Nasib hari-hari yang seterusnya berlalu dengan begitu sahaja ingat makan ja terus pergi shopping complex,teringin makan kfc ja 1b.Tapi hari-hari yang mengembirakan tak selalunya lama sehingga dirundung masalah kesempitan wang.elok makan dekat kafe kampung la untung lagi jimat!
INFO YANG JARANG ORANG TAHU PASAL UMS
*Pernah menyandang universiti tercantik di Asia
*dan memang sangat cantik pun kat ums ni..lebih-lebih lagi di D'bayu Caffe
*Kat bilik aku boleh nampak terus puncak gunung kinabalu,
*kawasan paling tinggi adalah canselori
*bangunan UMS suka tiru bangunan-bangunan kebangaan Malaysia contohnya menara berkembar dan Masjid putrajaya.
*unik juga bangunan SKTM macam puzzle.susah nak cari jalan masuk
*disini fakulti dipanggil sekolah (kadang-kadang terasa macam budak sekolah)
*Universiti sebelah laut jak (senang-senang waktu petang pergilah mandi pantai,best sakan)
*macam zoo dan boleh dianggap seperti tempat pemuliharaan binatang liar(badak dan kerbau selamba badaknya berjalan atas jalanraya kami-tapi waktu malam la..dia pun tautakut)
*perasan rindu kat kampung sukar nak wujud sebab hari-hari kami BALIK KAMPUNG
kolej kediaman di UMS diberi nama KAMPUNG!!
*saya menetap di kampung E,kampung terbesar di UMS
*Pemandu bas suka menuang(curi tulang) susah nak dapatkan bas
*Bas feveret yang selalu masuk Ums ialah Bas T.U.T
*Cafe yang paling feymes adalah cafee library (sesaknya pada waktu puncak)
*desas desus mengatakan UMS INI BERHANTU!!haha percaya tak??
*dan kawasan paling karas ialah ODEC,iaitu tepi pantai.

Friday, June 17, 2011

Hidup & Pilihan

walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan..
mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..
hingga amat menakutkan menghadapi masa depan..
seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus..

Ya,sejak dari kecil lagi kita sudah diberi hak untuk membuat pilihan.Pilihan antara yang baik atau yang buruk,membesar untuk menjadi manusia atau sebaliknya,memilih menjadi kartunis untuk melawak atau menghina.Sedar atau tidak setiap pilihan yang kecil akan menentukan masa depan yang besar.People called it destiny.Kata2 orang bijak pandai kita menentukan masa depan sendiri.Tapi kita tiada kuasa untuk melihat masa depan,kerana Allah S.W.T telah jadikan masa depan,soal hidup dan mati sebagai rahsia,jadi bagaimana masa depan boleh ditentukan sendiri?manusia sendiri tidak pasti pilihannya tepat atau tidak.Dan sepanjang kehidupan manusia itu sendiri,mereka akan dihadapkan dengan pelbagai pilihan.
Pilihan yang mendesak,pilihan yang umpama bahasa yang tersimpul diluah mati emak,ditelan mati bapak,
entri ini bukannya dibuat untuk menakut-nakutkan anda dengan pilihan,tetapi aku ingin memberi solusi ringkas jika hidup anda dibayangi pilihan,kerana ia berlaku setiap minit dalam hidup kita.One friend of mine,azie meriwayatkan bahawa kita mempunyai 3600 pilihan dalam setiap minit..kenapa tidak kita memilih pilihan yang terbaik,kerana memiliki banyak pilihan(berbelit ke ayat ni?)
atau mungkin kerana terlalu banyak pilihan hingga kita tidak tahu untuk memilih yang mana..
macam bait-bait lagu diatas...
nak pilih bakar yang dahi jendol tetapi aku sayang atau ahmad yang kaya raya lagi hensem dan terpelajar tu ya?
realitinya pemilihan jodoh masih lagi menjadi persoalan,sukar untuk kaum hawa membuat keputusan kerana bagi mereka yang namanya kahwin itu sekali seumur hidup.Kaum lelaki tidak apa-apa kerana kalau tersalah pilih,masih ada 3 ruang kosong.


1. Tenangkan Fikiran

Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal Pasti Masalah Sebenar

Fikirkan perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesannya.

3. Kenal Pasti Pilihan

Fikirkan semua pilihan2 yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat.

4. Mengkaji Baik Buruk Pilihan

Ingat! Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu diambil.

5. Membuat Pilihan Terbaik

Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik dan positif. Pastikan keputusan yang dipilih benar2 mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.

6. Tegas Dengan Keputusan

Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa.

7. Nilai Semula

Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.

Kesimpulannya dengan tip2 yang aku kongsikan pada kali ini mudah2an ianya sikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat sesuatu keputusan atau pilihan dengan lebih tepat. Semoga ianya dapat memberi kesan yang baik dan positif dalam hidup anda.

WALLAHU A’LAM…

Thursday, May 19, 2011

entry ni adalah bersifat defensive

Entry kali ini betul-betul bersifat self-centred..AWAS bagi manusia yang tidak sukakan kezaliman..
mati-mati ingat aku bakal tulis pasal penjaja nenas sepanjang jalan di Kelantan tapi aku ingat biar dulu.
dalam kereta senyap....dalam otak ligat memikirkan kisah lalu..,pikir-pikir dah redha..tapi kalau aku dah redha kenapa aku masih tak dapat pikirkan hikmahnya..
pastu Ma bersuara ''Wyn bila Allah tutup satu jalan,jalan yang lebih baik akan ada''
that's..,i believe that qoute so much..
UNTIL i let go something in my way,because of my stupid mistakes,one way seems far for me..
tak sangka betul apa dah aku lakukan hari ini..,my mouth was so cheap!!and i'm angry towards myself...tak sangka aku akan mengamuk dengan teruknya...aishhh dan cuba teka?aku leh terkeluor perkataan PATTY KUTTY!
Rasa kelakar bila Azie tanya aku ada langgar almari dengan pintu tak..?haha agaknya bila aku ngamuk itulah rupanya pintu dan almari akan aku langgar..Bapak sedih..:(
tapi bila abang aku kol,bagi explaination...muka terus jadi merah..malu,aku ngamuk-ngamuk untuk benda dah jadi,let's make things simple..NASI DAH JADIK BUBUR!!
tengok,SEE,OPEN YOUR EYES!!!
tak usah guna perkataan yang MENYAKITKAN HATI jika HATI SENDIRI YANG SAKIT..
something like PATTY KUTTY,PARIA....no~~no~~not nice
AGAK-AGAK LA kalau nak DEFENSIVE..
agaknya apa yang telah buat aku jadi defensive tahap begini?entahla patut ke aku bagitau..
CONcLUSION:jangan cepat ngamuk..,orang yang gagah adalah orang yang mampu mengawal emosi marahnya.


p/s:keep the private as secret.

Sunday, May 1, 2011

manusia dua muka

manusia diciptakan Allah dari tanah,tanah yang bersifat keras tetapi mudah lembut apabila digauli air,manusia secara amnya tidak dapat lari dari sifat tanah,kerana kita diciptakan Allah sendiri daripada tanah.Kadang-kadang mahkluk Allah ini mampu berdiri teguh dengan prinsip yang keras sebaliknya boleh lentur umpama besi yang dipanaskan.Sekali lagi aku tegaskan!setiap manusia diatas muka bumi ini tidak akan dapat lari dari sifat ini,atau lagi senang disimpulkan sifat bermuka-muka.Dari skop rakyat bawahan sehinggalah bangsawan mereka pasti ada satu cerita,helah yang pastinya kepentingan diri sendiri tak terjejas oleh cerita tersebut.Dari sudut politik pula kita dapat saksikan ramainya katak yang melompat sambil menyanyikan lagu integriti.Menjaja cerita dari perspektif yang berbeza-beza.Sewaktu dipihak itu benang mana ada yang basah!,diperjuangkan kebenaran.Putaran 360 darjah berlaku disitu,pabila dipihak lain dikatakan pula benang itu memang basah,tak usah nak ditegakkan lagi.
Ahhhh~~kita ini kan manusia memang senang nak melakukan putaran 360 darjah,bak kata ahli politik tunggu pemutar skru aje...
Bila aku katakan semua manusia bermuka-muka maknanya aku dan korang semua takkan terlepas dari sifat ini.Jadi kita sama renung-renungkan,kalau berubah kearah yang lebih baik syukurlah tak gitu..?
Satu lagi carilah kawan yang benar!jangan yang talam dua muka...tapi memandangkan semua manusia ada potensi jadi talam dua muka maka carilah teman yang kurang bicara,bila kurang bicara,kurannglah dia dari bermuka-muka


p/s:kata orang,manusia yang minat bermuka-muka ni nak cari perhatian orang betulke?

Wednesday, April 20, 2011

last precious moments

i consider its our last precious moments to be remembered..,dah setahun kami tinggal sebilik rupanya,for me i got many things to tresure,i want to teasure our laughs,our tears,and memories of all of us together..i just remembered in how we all together making life goes beautifull... i am lacking in everywhere but thanks to my dearie syer,she told me that i'm not that bad,i have something that make me something..to my sayang azie yang sangat nakal,azie is something,she is the one who could bring the aura of happiness..my darling ana,who really enjoy telling me her bright stories..i hope they don't mind having annoying friend like me..haha...aku terlalu tamak untuk memiliki kurniaan tuhan,iaitu sahabat seperti keledek-keledek diatas.....jadi aku harus redha melepaskan mereka pergi...sesungguhnya tiada pertemuan tanpa perpisahan...moga moga perpisahan kita diredhai illahi...and for our last night everyone not as usual..quiet fitting the room..me saying in heat"lets keep a distant''because i don't want we ended tearing...huhu lets we have happy ending like a fairy tales.."